Refleksi Pengajaran


REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugas yang diamanahkan ini dengan lancar dan baik. Saya juga ingin mengucapkan kepada Pensyarah E-Learning Puan Nadia Akma dan Tutor saya di Perlis serta rakan-rakan yang member tunjuk ajar dan bimbingan semasa proses membuat tugasan ini. Saya memilih bidang ibadah di dalam matapelajaran Pendidikan Islam bertajuk “Bersuci Daripada Najis” di dalam isi pembelajaran “Jenis –jenis Najis”. Tajuk ini berkait rapat dengan amalan kita seharian iaitu solat kerana jika pelajar tidak faham cara-cara menyuci dan jenis-jenis najis dengan betul menyebabkan solat tidak sah. Makro pengajaran ini saya jalankan dalam kelas tahun 4 Resos yang mempunya 6 orang murid Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. Murid yang terlibat terdiri daripada 2 orang murid buta dan 4 orang murid rabun.

KEKUATAN

Saya merancang untuk mengajar set induksi selama 5 minit dalam makro pengajaran kali ini. Saya memulakan set induksi dengan menggunakan bahan-bahan maujud seperti bunga melor dan belacan bagi murid-murid masalah penglihatan (buta) manakala bagi murid-murid masalah penglihatan (rabun), saya menggunakan laptop bagi mempamerkan gambar bunga ros dan bangkai binatang. Saya menunjukkan bahan tersebut dan bersoalajawab dengan murid dan mengaitkan jawapan murid antara perbezaan dua bahan tersebut dengan bau wangi dan busuk berkaitan dengan isi pengajaran yang di ajar pada hari itu.
Perkara ini amat berkesan untuk menarik minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isi pelajaran. Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan makro pengajaran kali ini ialah saya telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang saya rancangkan menjurus kearah kesediaan minda murid seperti yang dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran. Saya juga menghubungkan pengajaran saya dengan kehidupan seharian murid.
Penerangan saya dengan suara yang lantang dan jelas dalam menerangkan jenis jenis najis telah berjaya menarik minat murid terhadap pembelajaran dan berjaya merangsang minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran. Contoh-contoh yang saya berikan telah berjaya memikat hati pelajar tentang kewujudan najis di sekitar mereka. Justeru itu,  nada suara saya yang lantang memudahkan murid-murid di dalam kelas dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang saya sampaikan. Hal ini akan memberi kesan yang baik kepada tumpuan dan fokus murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
 Di samping itu juga , murid akan dapat memberi tumpuan terhadap isi pembelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan isi pembelajaran juga membuatkan murid lebih hormat kepada saya. Bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Penglihatan suara guru yang jelas amat penting kerana mereka tidak dapat melihat sekiranya guru banyak menggunakan bahan-bahan bahkan mereka hanya dapat merasa dengan menggunakan tangan bagi murid-murid buta. Penerangan guru dan buku teks braille sangat penting bagi murid-murid seperti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan tercapai objektifnya.
Setelah pelajar faham tentang objektif pelajaran, maka tiba masa untuk menguji mereka dengan latihan secara lisan atau braille yang ringkas bagi menguji tahap penguasaan terhadap isi pengajaran dan pembelajaran. Hasil ujian yang diberi, kebanyakkan pelajar berjaya menjawab semua soalan. Manakala dalam aktiviti penutup pula, saya telah berjaya mengukuhkan penguasaan mereka dengan bersoalajawab dengan murid berkaitan tajuk dan agar pelajar dapat mengaplikasikan cara menyucikan najis dengan betul dan mengenal jenis-jenis najis dalam kehidupan kita seharian. Murid-murid diberi pengukuhan dengan membut latihan di dalam lembaran kerja.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian isi pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam pemahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian yang saya berikan berkenaan isi pelajaran. Contohnya pada langkah kedua, saya menyuruh murid secara rawak menyebut apakah jenis najis pada benda yang disebut dan dipamerkan di dalam carta gambar secara dekat. Bukti kefahaman murid terhadap isi pelajaran ialah murid dapat menyebut dengan betul jenis najis mengikut  jenis-jenisnya.
            Seterusnya, motivasi dan pujian dari guru merupakan salah satu kekuatan yang memberi kesan yang mendalam untuk tercapai objektif yang disasarkan. Murid akan lebih bersemangat serta memberi sepenuh tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Oleh yang demikian objektif pengajaran akan tercapai dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti yang dirancang.Justeru itu murid akan merasa bangga dan merasa diri mereka diambiil berat oleh guru. Contohnya, pada langkah yang ketiga, guru memuji murid yang dapat menjawab dengan betul atas jawapan yang mereka berikan. Justeru itu, bagi murid yang tidak dapat menjawab dengan betul guru tidak memarahi mereka bahkan guru akan menasihati dengan memberi kata-kata semangat  agar mereka tidak putus asa dan mencuba lagi. Seterusnya, sebagai contoh pada penutupan isi pengajaran, guru akan menasihati murid agar sentiasa mengamalkan serta mengaplikasikan isi pengajaran dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

KELEMAHAN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti antaranya dalam pelaksanaan set induksi dalam tugasan makro pengajaran kali ini iaitu pada ketepatan mengikut masa yang ditetapkan . Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya buat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan set induksi tidak seiring. Masa yang saya rancangkan sebenarnya 5 minit tetapi apabila melihat semula rakaman makro pengajaran tersebut saya hanya menggunakan masa hampir 4 minit sahaja.
Kelemahan dan kekurangan yang seterusnya ialah penyampaian saya semasa proses pengajaran pembelajaran dilakukan , adakalanya terkeluar loghat Kedah. Contohnya perkataan “mai” dan “pi”. Saya tidak menyedari bahawa saya telah terkeluar daripada penggunaan Bahasa Melayu yang sebenarnya. Setelah saya menilai semula persembahan dalam rakaman video makro pengajaran dan pembelajaran tersebut barulah saya sedar akan kesalahan bahasa yang saya gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
            Selain itu, kelemahan dan kekurangan saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah saya hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang biasa seperti carta gambar.  Contohnya pada langkah kedua saya memanggil murid secara individu kehadapan kelas  untuk memadankan gambar dengan jenis najis yang betul. Aktiviti ini saya jalankan agar murid nampak jenis najis tersebut secara dekat. bagi mereka yang menghadapai masalah penglihatan .Saya tidak menggunakan LCD, ini disebabkan saya mengajar murid-murid masalah penglihatan.Mereka tidak nampak dengan jelas daripada jarak jauh kerana penglihatan mereka hanya dapat melihat jarak yang dekat sahaja. Oleh yang demikian saya banyak memberi penerangan dengan lisan sahaja berkaitan isi pengajaran yana diajar.
 Saya juga mengalami masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana saya terpaksa mengambil dua aktiviti dalam satu langkah pengjaran. Contohnya dalam membuat latihan, bagi murid rabun saya akan memberi lembaran kerja manakala murid buta, saya akan membaca dan menyuruh mereka membraille sesuatu latihan tersebut. Oleh yang demikian, saya akan mengalami sedikit masalah terutama disegi masa dan memberi tumpuan kepada murid yang mempunyai dua kategori iaitu buta dan rabun.
Antara lain kelemahan dan kekurangan dalam makro pengajaran saya pada kali ini ialah melibatkan pergerakan saya yang tidak boleh bebas bergerak. Saya hanya boleh bergerak ketempat tertentu sahaja. Faktor ini disebabkan saiz kelas yang terlalu sempit dan murid hanya duduk dalam satu kumpulan sahaja. Contohnya, dalam kelas 4 resos, saya hanya boleh bergerak hanya kedepan murid sahaja tidak boleh bergerak kebelakang murid .

LANGKAH MENGATASI

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan supaya meningkatkan lagi kualiti pengajaran saya pada masa akan dating. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tuigasan makro pengajaran pada kali ini, perlu dilakukan penambahbaikan dari segi ketepatan penggunaan masa dan bahasa semasa menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas tersebut. Saya perlu menepati ketepatan masa seperti yang dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Ketepatan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai orang Kedah dan bercakap bahasa Kedah setiap hari sudah tentu sukar untuk mengubah percakapan loghatnya. Walaubagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya untuk berlatih bercakap bahasa Malaysia terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Berkaitan dengan latihan murid yang terpaksa saya jalankan dengan dua aktiviti dalam satu langkah. saya akan memberi lebih sedikit masa bagi tercapai aktiviti yang dirancang agar kedua-dua kategori murid masalah penglihatan tercapai objektif yang disasarkan. Seterusnya bagi masalah
Berkaitan dengan saiz kelas yang sempit, saya akan membuat perbincangan dengan pihak pentadbiran agar memohon peruntukan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya memperluaskan saiz kelas Program Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di Sekolah Kebangsaan Jabi, Kedah bagi keselesaan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika kelas berada dalam keadaan zon yang selesa murid akan memberi tumpuan sepenuhnya  terhadap pengajaran dan pembelajaran memandangkan pihak kerajaan terlalu mengambil berat terhadap rakyat seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ gagasan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini adalah satu gagasan yang baik dan sangat bertepatan dalam suasana sekarang.
            Di samping itu juga,proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan maujud amat menyeronokkan terutama bagi murid masalah penglihatan kerana mereka dapat melihat dan merasa dalam keadaan yang sebenar seperti yang saya gunakan dalam set induksi kerana saya lebih cenderung belajar secara kendiri tanpa gangguan daripada rakan yang lain. Semangat fasililator (guru) serta rakan seperjuangan yang sentiasa membantu jika saya menghadapi masalah member keyakinan kepada saya dalam proses pembelajaran yang saya lalui.
 Saya akan sentiasa berusaha untuk mencuba pelbagaikan kaedah,startegi dan teknik yang berkesan bagi pemahaman murid ke atas setiap isi pelajaran yang disampaikan dan saya akan membuat refleksi semula apakah kelemahan saya untuk penambahbaikan ke atas setiap pengajaran yang saya lakukan. Justeru itu, saya juga akan berkongsi pandangan dan pendapat daripada rakan-rakan agar tercapai amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang pendidik untuk menyebarkan ilmu kepada anak bangsa kita sendiri.


 RUJUKAN
1)    Yusuf Hashim.(Cetakan 1998). Teknologi Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2)    Yusuf Hashim. (Cetakan 1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan.
     Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
3)    Noriati A. Rashid, et. al.(2009). Siri Pendidikan Guru:Teknologi Pengajaran
     Pembelajaran
4)    Joyce,b.,well, M,& Calhoun,E. (2008). Models of teaching, 8th Edition, Boston: Allyn  
     and Bacon
5)    Smaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5th ed). (2005). Instructional
     Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall.
6)    Bruner, J.(1960). The process of education New York.

No comments:

Post a Comment