· 1. BIMBINGAN FARDHU AIN BIMBINGAN FARDHU AIN
(Sila click pada tajuk yang ingin dilawati) 1-TAHARAH (BERSUCI) Pengertian
bersuci: Taharah zahir dan batin. 2-Jenis-Jenis bersuci. 3-Istinjak Syarat
Istinjak Rukun Istinjak. Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak). Cara
Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur. Cara Istinjak Dengan Batu Pada
Qubul ( Zakar atau Faraj). Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak
4-Hukum Qada Hajat Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum: Cara
Qada Hajat yang diharamkan. Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan. Cara-cara Qada
Hajat Yang disunatkan. Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. Adab
buang air 5-Hikmah Bersuci 6-Najis dan jenis-jenisnya Benda-benda Najis
Terdapat tiga bahagian najis iaitu: 1. Najis Mukhaffafah. (Ringan) 2. Najis
Mutawassitah. (Pertengahan) 3. Najis Mughallazah. (berat) Cara menyucikan Najis
Mukhaffafah (ringan). Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan). Cara
Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat) Cara Menyucikan Kulit Bangkai Cara
menyucikan cairan yang memabukkan. Perkara yang tidak dikira sebagai najis.
Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang. Air Liur Basi Hukum Madu
7-Jenis-jenis Air Air Mutlak Air Musta'mal Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) Air
Mutanajjis Air Musyammas 8-Wudhu Syarat Wuduk ada lima: Rukun Wuduk ada enam:
Sunat Wuduk ada 12: Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima: 9-Tayamum
Syarat-syarat tayammum: Rukun Tayammum ada 4: Sunat Tayammum ada 2: 10-Mandi
Wajib & Sunat Perkara yang mewajibkan mandi: Rukun Mandi ada 3: Sunat Mandi
ialah: 11-Takrif Solat Syarat wajib solat: Syarat sah solat: Perkara-perkara
yang membatalkan solat: Waktu-waktu Solat Fardhu: Perbuatan sunat sebelum
solat: Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab: 12-Rukun Solat Rukun
solat ada 13: 1. Niat: 2. Takbiratul-Ihram 3. Berdiri bagi orang yang berkuasa.
4. Membaca al-Fatihah: 5. Rukuk, berserta tama'ninah. 6. Iktidal: 7. Sujud 8.
Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah. 9. Tahiyyat/Tasyahud akhir. 10.
Duduk ketika tahiyyat akhir. 11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 12. Salam
pertama: 13. Tertib. 13-Sunat Hai'ah & Ab'adh Sunat Hai'ah ada 15 perkara:
Sunat Ab'adh ada 7 perkara: 14-Solat Berjemaah Syarat-syarat sah solat
berjemaah: Antara syarat untuk menjadi imam: 15-Masbuq 16-Istikhlaf Cara
Istikhlaf Dalam Sembahyang Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat 17-Sujud Sahwi 1.
Sujud Sahwi Kerana Kelebihan 2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan 3. Sujud Sahwi
Kerana Ragu-ragu Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi 18-Sujud
Sajadah-Tilawah Hukum sujud sajadah Ayat-ayat sujud sajadah ialah: Bacaan doa yang
sunat dibaca ketika sujud ialah: Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah:
Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang Sujud Syukur
·
2. SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS TAHARAH (BERSUCI)
Ertinya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan
mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan
(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan
janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian
apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang
diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang
yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah Al-Baqarah ayat 222) Pengertian bersuci: Pada Bahasa: Membersihkan diri
atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun
tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda
yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain. Erti
pada Syarak: Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau
menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis. Iman
Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada
empat tingkat iaitu: 1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas,
anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu. 2. Mensucikan
anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa. 3. Mensuci kan
hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.
4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa
Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga
pada Siddiqin. Taharah zahir dan batin. Taharah yang bersifat batin ialah
mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan
bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada
kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada
ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan,
bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh
keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh. Taharah yang bersifat lahiriah
pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas . membersihkan kotoran dengan
cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan,
tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.
·
3. SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Jenis-Jenis
bersuci. 1. Menyuci badan daripada hadas kecil: Iaitu menyuci badan daripada
hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil
diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran. 2. Menyuci badan daripada
hadas besar. Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan
dirinya dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat,
mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran. 3.
Istinjak. Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air
kencing atau tahi. 4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan
masjid. Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah
solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.
·
4. SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS njak k Ialah
menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang
bersih seperti air, batu, kertas dan gainya sehingga kesan najis itu
dibersihkan. la keluar kotoran dari salah satu, iaitu dari qubur atau dubur,
wajib istinjak dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu. m Istinjak
injak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
wa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua
orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh . Yang seorang diseksa kerana
mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak
selepas buang cil. s Riwayat; Bukhari dan Muslim) at Istinjak nghilangkan
rasanya. nghilangkan baunya. nghilangkan warnanya. n Istinjak. orang Islam. t
untuk istinjak.Dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya. mpat yang
diistinja iaitu qubul dan dubur. ng diistinjakkan itu sesuatu yang keluar
daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur. mengerjakan Istinjak. njak itu 3
kali dan kalau masih belum suci, boleh diulang lagi sehingga suci. at dibuat
istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu. ristinjak itu mestilah
dapat membersihkan tempat najis yang keluar. beristinjak dengan Air (Air
Mutlak). uangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.
Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.
·
5. Makruh memasukkan jari ke dalam dubur. Bagi
perempuan yang dara semasa beristinjak hendaklah membasuh benda yang zahir pada
farajnya ketika ia duduk angkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya.*
Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis
padanya ketika membasuh dubur. Sunat selepas intinjak menggosak tangan ke tanah
sebelum membasuh tangan. Sunat ketika intinjak membaca doa : a; "Ya Allah,
sucikanlah hatiku daripada sifat nifak dan peliharakanlah kemaluan aku daripada
kejahatan." Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak. Hendaklah hilang
ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan). Jika sukar menghilangkan baunya
atau warnanya selepas ak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi
memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit lelaki dan
licin bagi perempuan.* yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan
air, tetapi harus juga dilakukan dengan benda-benda kesat yang suci an syarat.
nda itu mesti kering sama ada kayu, batu, daun dan lain-lain. Kalau ia basah,
maka tidak boleh digunakan. nda itu mesti kesat. Kalau kering tetapi licin maka
tidak sah untuk istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh. nda
itu bukan benda yang dihormati seperti makanan, pakaian, tulang atau
seumpamanya. kan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran, hadis dan
seumpamanya. Sekiranya ada , berdosa menggunakannya. is yang keluar tidak
melecer ke tempat lain. Sekiranya ia melecer ke tempat lain maka air diperlukan
untuk beristinjak. ndaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga
ketul batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi. kiranya masih suci,
hendaklah ditambah batu sehingga suci. Beristinjak dengan menggunakan batu pada
dubur. unat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan papan
punggung yang kanan lalu diedarkan pada tempat ulaan sapuan. mudian mulakan sapuan
yang kedua pada bahagian hadapan papan punggung kiri lalu diedarkan kepada
tempat permulaan yang u. puan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur. nat
ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada najis secara
perlahan-lahan. unat istinjak dengan batu, dahulukan istinjak pada dubur kerana
najis pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Jika najis kering, wajib
menggunakan air. Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj).
·
6. u di tiga tempat pada batu besar atau tiga
ketul batu. Jika diulang-ulang di tempat yang sama dengan satu batu, maka wajib
njak dengan menggunakan air. al yang perlu diperhatikan ketika istinjak ngan
bersuci dengan tulang, makanan atau tahi kering. ngan bersuci dengan
menggunakan tangan kanan atau memegang zakar dengan tangan kanan. ndaklah
bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil, seperti tiga ketul batu, lima ketul
batu dan sebagainya.. a bersuci dengan air dan batu, hendaklah menggunakan batu
terlebih dahulu, kemudian dengan air, bila memilih salah satu, pilihlah rana
air lebih baik digunakan untuk bersuci.
·
7. SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Hukum Qada Hajat
Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum: 1. Cara yang haram. 2.
Cara yang makruh. 3. Cara yang sunat. Cara Qada Hajat yang diharamkan. 1.
Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau nama-nama
para rasul ketika qada hajat. 2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika
qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding
maka tidaklah diharamkan. 3. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang
diketahui di dalamnya ada haiwan. 4. Qada hajat di atas kubur. 5. Membuang air
di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya. 6. Membuang
air di atas kitab-kitab agama . 7. Membuang air di atas makanan. 8. Membuang
air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya. Cara Qada Hajat Yang
Dimakruhkan. 1. Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau
darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit. 2.
Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam
keadaan darurat. 3. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di
dalamnya ada binatang atau tidak. 4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan 5.
Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir. 6. Membuang air berhampiran
dengan kawasan perkuburan. Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan. 1. Membuang
air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di
sebalik batu. 2. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.
·
8. 3. Ketika hendak masuk, baca doa ini: Ertinya
: "wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan
betina." 4. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk
tandas. 5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika
qada hajat. 6. Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar. 7.
Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu. 8. Ketika keluar
dari tandas, membaca doa ini. Ertinya: "Wahai tuhanku, hilangkan dariku
segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku." Hal-hal yang harus
dilakukan sebelum buang air. 1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh
daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas). 2. Jangan memasuki
tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah. 3.
Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi
mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh
hukum syariat. 4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan
berdoa: "ya Allah , hamba berlindung padamu dari segala yang kotor dan
keji" 5. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau
membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding.. 6. Jangan
membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa
berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah.
7. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air. Adab buang air 1. Sunat
mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan kaki kanan
ketika keluar. 2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau
zikrullah ke dalam tandas. 3. Hendak memakai sepatu atau terompah atau
seumpamanya. 4. hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai
kepadanya. 5. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila
ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan. 6. Jangan
buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas
seperti tasik yang luas atau laut. 7. Jangan buang air di lubang tanah, kerana
kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu. 8. Jangan
membuang air di atas kubur.
·
9. 9. Jangan membuang air besar atau kecil di
tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di
tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut). 10.
Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan. 11. jangan
buang air di mana-mana tempat perhentian
·
10. SELEPAS
·
11. SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Hikmah-Hikmah
Bersuci 1. Dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit 2. Amalan-amalan
tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci. 3. Kebersihan lahir juga membawa
kepada kebersihan jiwa seseorang. 4. Amalan kebersihan yang dilakukan itu
menjadi syiar dan identiti umat Islam di dalam kehidupan manusia, agar dengan
itu umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya. 5.
Kebersihan dapat mencerminkan keperibadian seseorang.
·
12. SEBELUM MENU UTAMA SELEPAS Najis dan jenis-jenisnya
Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan
itu, setiap manusia wajib membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis.
Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan
ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah. Najis adalah benda-benda yang kotor
dan boleh membatalkan sembahyang. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa
berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan keperibadian
seseorang. Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan
solat seperti kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis. Menurut
hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang
menunjukkan bahawa benda itu najis. Benda-benda Najis 1. Bangkai haiwan darat
yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai
seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan sebagainya semuanya adalah najis.
2. Air kencing. 3. Tahi. 4. Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa. 5.
Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau
cair. 6. Muntah. 7. Mazi. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika
memuncak syahwat. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih
banyak pada kaum perempuan. 8. Wadi. Iaitu air putih kental yang keluar dari
kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih. 9. Arak atau tuak ( masam) .
Setiap minuman keras yang memabukkan. 10. Anjing dan babi serta keturunannya.
Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang.
Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga
dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak. Firman Allah; "
Mengenai pakainmu, hendaklah kamu bersihkan" Al Muddatstsi ayat 4. "
Sesungguhnya Allah mengisihi orang orang yang taubat, dan mengisihi orang orang
yang bersuci." Al Baqarah ayat 222. Terdapat tiga bahagian najis iaitu: 1.
Najis mukhaffafah (najis ringan). 2. Najis mutawassitah (najis pertengahan). 3.
Najis mughallazah (najis berat)
·
13. 1. Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti
kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu.
Untuk mensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas
benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang
belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda
yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci
kencing orang dewasa. Rasulullah SAW bersabda; Ertinya : "Kencing bayi
lelaki menyucikannya dengan dipercikkan air kepadanya dan kencing bayi
perempuan dengan disuci." Riyawat Ahmad Dalam satu hadith lain: Ertinya :
" Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus disuci, sedang bila
terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan merecikkan air padanya. Riwayat
Abu Daud dan Nasa'i Cara menyucikan najis mukhaffafah: - Basuh bahagian yang
terkena najis dan lap. - Percikkan air di tempat yang terkena najis. - Lap
dengan kain bersih sehingga kering. 2. Najis Mutawassitah. (Pertengahan) - Najis
ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat.
Yakni Najis Mughaladzah. . Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian.
2.1 Najis Hukmiah. - iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata
zatnya, baunya , rasanya serta warnanya. seperti kencing yang sudah lama
kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. cara mensuci najis ini cukup
dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu kemudian dilap hingga
kering. 2.2 Najis Ainiah. Najis yang nampak dan kelihatan najisnya yang ada
rupa, rasa dan baunya seperti tahi, darah dan lain-lain. Membersihkan najis ini
ialah dengan membasuhnya sehingga hilang segala sifat sifat nya. Kotoran
manusia, berdasar hadiths Anas bin Malik berkata. " Biasanya Rasulullah
SAW pergi kebilek air lalu saya ( Anas bin Malik) dan seorang anak lelaki
sebayaku membawakan sebaldi air dan sebuah tongkat. Tetapi baginda beristinjak
dengan air " - Bukhari dan Muslim. Nabi SAW bersuci setelah buat hajat
besar itu menunjukkan bahawa kotoran manusia itu najis. Kencing Manusia,
berdasarkan perintah Nabi SAW kepada sahabat sahabat nya menyiram kencing
seorang Arab Gunung yang kencing disudut masjid Nabi SAW. Ertinya : Nabi SAW
menyuruh mengambil segayuny air, lalu disiramkan diatas tempat yang dikencingi
(oleh orang Arab gunung tersebut)".- Bukhari dan Muslim. Wadi, iaitu air
putih kental yang keluar mengiringi kencing. Wadi ini najis berdasarkan ucapan
Aisyah: Ertinya :- " Wadi itu keluar setelah kencing. Maka hendaklah
orangnya mencuci kemaluannya lelaki mahupun wanita dan wuduk, tetapi tidak
mandi." Ibnu Mundzir. Dicucinya kemaluan yang keluar wadi menunjukkan wadi
itu najis. Madzi, iaitu air putih yang bergetah yang keluar kerana mengangan
angan jimak atau ketika bergurau dengan perempuan maka is tergolong najis,
berdasar hadith Ali, Ertinya :- " Saya lelaki yang sering keluar madzi,
Maka kusuruh seorang lelaki, kerana akulah suami puterinya. Lalu is bertanya.
Maka jawab baginda kepadanya: Wuduklah dan cucilah kemaluanmu". Bukhari.
Darah haid dan darah nifas : Darah haid iaitu darah merah kekuning kuningan
atau kuning bercampur coklat yang keluar dari alat perempuan, bukan kerana luka
dan cedera. Darah nifas iaitu darah perempuan sewaktu melahirkan anak dan
berjalan hingga 40 hari. Darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith
dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang
mengenai pakaian. Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid
tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudia ia
(boleh) solat dengan kainnya itu." Bukhari dan Muslim Adanya perintah
mencuci kain yang terken dara haid itu menunjukkan najisnya darah haid. Begitu
pula darah nifas hukumnya sama dengan darah haid.
·
14. Darah :- Baik ia darah yang mengalir atau
tertumpah, misalnya yang mengalir dari haiwan yang disembelih, ataupun darah
haid. Tetapi dima'afkan kalau hanya sedikit. Dari Aisyah r.a. katanya : "
kami makan daging sedang darah nampak merupakan benang benang dalam
periuk." - Bukhari. 3. Najis Mughallazah. (berat) iaitu anjing dan babi.
Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya
hendaklah dicampur dengan tanah. Sabda Rasullullah (SAW) cara mencuci bejana
seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air
pertama hendaklah dicampur dengan tanah." (Riwayat Muslim). Cara
menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan). Memadai dengan merenjiskan air pada
benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata. Cara menyucikan Najis
Mutawasitah (Pertengahan). 1. Najis Ainiyah. i. Buangkan najis itu terlebih
dahulu. ii. Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air
mutlak. 2. Najis Hukmiyah. i. Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak
pada tempat yang terkena najis. Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat) *
Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. - termasuk dagingnya,
lemak, tulang, darah, liur, tahi, kulit serta bulunya serta seluruh bahagian
badannya. Peringatan. 1. Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering
tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau
kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak. 2. Menyentuh
babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak). Cara
Menyucinya. Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang
tersentuh. Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut). Kemudian dijirus
dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau, rasa dan
ainnya. Cara Menyucikan Kulit Bangkai Binatang yang mati tidak disembelih
adalah bangkai. Kulit bangkai kecuali binatang laut dan sungai tidak boleh
dipergunakan sebelum disuci.
·
15. Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan
menggunakan air bercampur daun bidara atau juga biasa disebut samak. Sebelum
disamak kulit bangkai itu adalah najis. Cara menyucikan cairan yang memabukkan.
Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair, maka buanglah
semuanya. Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda beku,
cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan sekelilingnya. Perkara yang
tidak dikira sebagai najis. Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya
bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah: 1. Mayat manusia sama ada
Islam atau kafir. 2. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan. 3. Belalang.
4. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau
diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya
makruh. 5. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak
menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya
tetap dilarang. Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang. 1. Air liur,
kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata, peluh , mani,
susu jika ia keluar dari: i. Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram
kerana ianya adalah najis. ii. Keluar daripada binatang atau manusia adalah
suci semuanya. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan. 2. Tidak
najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis
seperti cicak, tikus dan seumpamanya. i. Selepas makan tikus lalu kucing itu
menjilat air minuman, maka air yang dijilati itu menjadi najis. ii. Jika
selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu telah
hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman. Air minuman itu tidak najis. Air
Liur Basi Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur. 1. Jika air
itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar
dari perut. 2. Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka
iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut. Hukum Madu 1. Halal
meminum madu kerana madu keluar daripada mulut lebah. 2. Haram memakan anak
lebah sekalipun belum bernyawa.
Assalamualaikum,Tahniah kerana memaparkan blog yang menarik dan banyak informasi yang boleh dijadikan panduan untuk semua.
ReplyDeleteTahniah kerana membina blog yang menarik dan menyajikan info-info yang bermanfaat intuk tatapan semua
ReplyDeleteTahniah!kerana ruangan ini banyak memberi informasi yang berguna kepada pembaca semua.
ReplyDelete